Rasanya dah lama tak buat entry pasal kehidupan di Kanada, kali terakhir dulu saya tulis pasal G20 Riot dan Gay Parade. Sebenarnya dalam otak ada banyak idea, tapi takde masa. Dah nak final exam.
Minggu lepas, kami baru sahaja mengambil seokor kucing, saja-saja bagi nama Puyol. Hehe. Masa kawan saya cari-cari kucing di sebuah laman web, terjumpa pulak kucing ni, free pulak tu. Berbanding di Malaysia, di Kanada ni memang susah nak jumpa kucing. Malah, kawalan kesihatan terhadap kucing juga agak ketat. Bagus jugak kan, sekurang-kurangnya kesihatan kucing tu terjagalah jugak. Meow!!!
- Puyol merupakan seekor kucing yang pasif. Mungkin trauma akibat dilayan dengan teruk oleh pemilik pertama kucing ni. Mungkin asyik kena pukul je kot, mana tak takut dengan manusia. Kalau bukak pintu terus Puyol lari menyorok bawah katil. Haha
- Pemilik Puyol sebelum ini merupakan seorang makcik yang baik hati. Tapi disebabkan satu penyakit, doktot menasihatkan makcik tersebut "melepaskan" kucing ini. :(
- Umur: lebih kurang 4 tahun, saiz badan agak besar. Mungkin ada kelebihan masa winter nanti agaknya. Allah lebih mengetahui.
Bukti kehenseman Puyol:
:)
Kucing yang manja
Cantik bulu kucing ni, badan besar gila
“Aku terer aerobik. Sila jangan tengok lama-lama. Malulah aku!”
.


