بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bagi yang belajar di luar negara, seperti di Kanada, mungkin selalu nampak wanita sembahyang Jumaat. Bukan perkara yang pelik. Kadang-kadang wanita lagi semangat datang dari laki! :l Pada pandangan imam Mazhab 4, mungkin terdapat perbezaan pendapat. Mungkin. Cuma kurang pasti sebab belum pernah berlajar hukum wanita sembahyang jumaat secara khusus. Tapi rasanya bukan wajib lah.Wallahu’alam.

wanita solat

Baru-baru ini Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ada bagi cadangan untuk galakkan wanita sembahyang Jumaat. Pada pandangan saya, lebih baik wanita sembahyang Jumaat kalau:
  • Waktu sembahyang Jumaat lepak-lepak membazir masa.
  • Selalunya wanita akan pergi bershopping waktu lelaki pergi sembahyang Jumaat, kalau rasa tak berfaedah tu, bagus juga pergi sembahyang kan kan?
* Tu hanya pendapat. Apa pendapat korang?



BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak. Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.
"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.


Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.
Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.
Sumber: Harakahdaily

Apa pendapat korang?







Kredit gambar: permysurylyeenda