بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Perkara yang tidak dirancang.
Saya datang Toronto ikut kawan, tiada perancangan rapi. Tapi lain pula yang jadi. Pada hari saya menjejakkan kaki di Toronto, kebetulan pada hari tersebut sedang panas dengan demonstrasi jalanan sempena G20. Terus terang, memang macam pertama kali dengar nama G20. Jadi terpaksalah baca-baca sikit dari laman web G20.
Secara umumnya, G20 dianggotai oleh negara-negara membangun dan mempunyai matlamat untuk bekerjasama dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi secara global.
G20 Riot!
Masa hari saya sampai di Toronto adalah hari ke-6 (kalau tidak silap) dimana menteri-menteri negara anggota G20 bersidang. Kalau dilihat, kat mana-mana pun mesti ada pihak polis yang sedang berkawal kerana rusuhan dijangka berlaku. Masa diorang tengah berdemonstrasi tu, kawan saya Aiman dan Syafiq sempat juga ambik beberapa keping gambar. Hehe
Sekali tengok macam dah kat Palestin :(
Ok, di bawah ini pula gambar dari Syafiq Azhari. Beliau ada tulis dalam blog pasal G20 Summit in Toronto.
Gay Parade?
Gay Parade?! Undang-undang di Kanada membolehkan gayahidup “gay”. Sewaktu kami berada di Toronto memang ada Gay Parade. Disebabkan tak join, jadi tiada gambar untuk paparan. Hehe. Alhamdulillah, iman terselamat. :)


