بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hujung minggu lepas, Alhamdulillah saya dapat ke Toronto. Saja jalan-jalan jumpa kawan di sana. Belajar di negara orang, kita dapat melihat cara hidup dan adat orang tempatan. Yang baik dijadikan ikutan dan yang jahat dijadikan sempadan.



Perkara yang tidak dirancang.


Saya datang Toronto ikut kawan, tiada perancangan rapi. Tapi lain pula yang jadi. Pada hari saya menjejakkan kaki di Toronto, kebetulan pada hari tersebut sedang panas dengan demonstrasi jalanan sempena G20. Terus terang, memang macam pertama kali dengar nama G20. Jadi terpaksalah baca-baca sikit dari laman web G20.
Secara umumnya, G20 dianggotai oleh negara-negara membangun dan mempunyai matlamat untuk bekerjasama dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi secara global.

G20 Riot!


Masa hari saya sampai di Toronto adalah hari ke-6 (kalau tidak silap) dimana menteri-menteri negara anggota G20 bersidang. Kalau dilihat, kat mana-mana pun mesti ada pihak polis yang sedang berkawal kerana rusuhan dijangka berlaku. Masa diorang tengah berdemonstrasi tu, kawan saya Aiman dan Syafiq sempat juga ambik beberapa keping gambar. Hehe
Sekali tengok macam dah kat Palestin :(



policeriot3Berdekatan rumah kawan saya, di hadapan Masjid Toronto.



policeriot Pasukan berkuda polis meronda-ronda



policeriot2Pasukan berkuda polis meronda-ronda



g20riot



g20riot2 Antara premis yang dirosakkan



aimanazlan Erk, ni Aiman. Gambar di atas semua dia punya. “Aiman tak kisah katanya”


Ok, di bawah ini pula gambar dari Syafiq Azhari. Beliau ada tulis dalam blog pasal G20 Summit in Toronto.


riot1



riot2 Sesetengah premis memang sudah memasang plain wood sebagai langkah berjaga-jaga.



riot5 


riot4




riot3


Gay Parade?


Gay Parade?! Undang-undang di Kanada membolehkan gayahidup “gay”. Sewaktu kami berada di Toronto memang ada Gay Parade. Disebabkan tak join, jadi tiada gambar untuk paparan. Hehe. Alhamdulillah, iman terselamat.  :)