بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah masih bernafas. Kali ini saya hendak berkongsi tentang iklan-iklan WWF (bukan World Wrestling Federation ye), tapi sebuah organisasi yang memelihara alam sekitar dan haiwan di seluruh dunia. Sebenarnya tanggungjawab semua orang, cuma WWF ini ditubuhkagn bagi mewujudkan KESEDARAN bagi manusia yang tak pernah sedar-sedar.Secara jujurnya, memang kreatif WWF ni, rasanya memang mudah dan jelas mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita jangan bertindak kejam terhadap haiwan dan alam sekitar!Apa-apa pun, jom lihat kreativiti WWF!
You Can’t Afford to be Slow in an Emergency, Act Now!
You Can Help, STOP GLOBAL WARMING!
Recycle
Yang ini saya ambil dari khutbah Jumaat JAIS:
Ingatlah apa sahaja perlakuan kita yang menyakitkan dan memudaratkan orang lain atau hidupan lain maka kita akan terdedah kepada laknat dan kemurkaan Allah sw.t. Manakala sebarang usaha kita untuk membuang segala kerosakan dan kemudaratan terhadap manusia dan hidupan lain akan dianggap sebagai tanda-tanda wujudnya kesempurnaan iman seseorang.
Bermaksud:
"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Surah Al-Baqarah, Ayat 22)
Original pictures from WWF via adoholik.com, imnikos.com and fresharrival.com, 1st Picture by themeshark.com




