Al-Syaikh Hummad Aini di dalam bukunya berfatwa Syurbi al-Dukhan dan Nasihah al-Insan menegaskan bahawa merokok itu adalah HARAM berdasarkan dengan salah satu daripada 4 aspek berikut:


  • Keadaannya memudaratkan kesihatan apabila disepakati oleh doktor yang mengakui dan menurutnya, bahawa setiap yang memudaratakan kesihatan adalah HARAM.
  • keadaannya disepakati oleh doktor boleh melesukan badan, sedangkan perbuatan ini dilarang menerusi hadis riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan kalimah 'mutrifun' (yang melesukan badan)
  • Keadaan baunya yang busuk (serta beracun yang boleh meresap ke dalam otak ) ia turut menyakitkan orang-orang yang tidak merokok sama ada dalam kalangan manusia mahupun malaikat. Larangan ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai perintah Nabi Muhammad SAW agar mengeluarkan oraan-orang yang mengeluarkan bawang mentah dari masjid.
  • Keadaan melampau dan membazir, tidak mendatangkan faedah malah benar-benar memudaratkan. Pengharaman perkara yang melampau dan mengandungi bahaya adalah berdasarkan perintah syarak dan selari dengam dengan pendapat manusia.




Rujukan: Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, Fakulti Pendidikan, UKM