بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
“ Saya pandacomel. Tolong jangan bunuh saya. Sobs :( “
Iklan dari WWF
Kredit gambar: photowebs
Total Internal Reflection || by AffanRuslan
Alhamdulillah masih bernafas. Kali ini saya hendak berkongsi tentang iklan-iklan WWF (bukan World Wrestling Federation ye), tapi sebuah organisasi yang memelihara alam sekitar dan haiwan di seluruh dunia. Sebenarnya tanggungjawab semua orang, cuma WWF ini ditubuhkagn bagi mewujudkan KESEDARAN bagi manusia yang tak pernah sedar-sedar.Secara jujurnya, memang kreatif WWF ni, rasanya memang mudah dan jelas mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita jangan bertindak kejam terhadap haiwan dan alam sekitar!Apa-apa pun, jom lihat kreativiti WWF!
"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Surah Al-Baqarah, Ayat 22)
Ok, mungkin ada yang pernah tengok video berkenaan seekor kucing yang dipotong dua kaki bahagian hadapan (ke tangan? ). Kucing ini tangannya dipotong gara-gara mencuri ikan di sebuah kedai. Dah nama pun kucing. Kesian, tak dapat bayangkanlah masa dia potong tangan kucing tu, kalau manusia boleh bagi pengsan, kalau kucing? Kalau kucing pun ada perasaan sayang sesama kucing (macam dalam gambar di sebelah), inikan pula manusia yang ada akal. Apa-apa pun, kalau belum tengok, tengok dulu ni:First at all I and my wife would like to thank all the viewer of this blog who are willing to help us financially for our Hero, but for now I and my wife are able to raise our Hero.
We also do not want any of this blog viewer to think that we are taking advantage of getting financial support for Hero through this blog. At the same time, there are viewer who are willing to offer help financially for our Hero and therefore, I’m giving my account no. for their easy transaction. I will show the details of the expenses for my Hero at the corner of my blog.
Regards,
Sebelum tu, jom tengok dulu beberapa video mengenai Hero! :Kakimotong
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekas ampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
(Surah An-Naml, Ayat 18 )
“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
(Surah An-Naml, ayat 19)
Iklan ini menarik minat saya, bagaimana seorang yang mulanya bertudung beransur-ansur menampakkan kecantikan akibat diperdayakan syaitan. Kini, berbagai-bagai gaya tudung telah muncul di pasaran, antara sedar dan tidak, tidak semua yang bergelar tudung itu layak dianggap sebagai penutup aurat, kerana definisi aurat itu sendiri bukan setakat rambut, tetapi bentuk badan juga! Malah ada sesetengah pendapat mengatakan akhlak seseorang itu juga, Wallahu'alam.
Konflik. Belajar dahulu atau sembahyang? Jika dalam kelas di sekolah mungkin tidak mengapa, kalau saja-saja tinggalkan macam mana? Sebaik-baiknya apabila hendak belajar, tunaikan solat agar tertunai hutang dengan ALLAH, Tuhan Pencipta Alam. Sekuran-kurangnya mati dalam ibadah (yakni belajar), dan mungkin hati lebih tenang?
