بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Berfirman ALLAH SWT:
"Wahai anak Adam, janganlah kamu melaknat makhluk kerana
laknat tersebut akan kembali kepada kamu semula


Wahai anak Adam, telah teguh langit di angkasa tanpa ada
tiang sebatang pun, hanya sekadar satu nama sahaja daripada
nama-nama-KU, tetapi hatimu tidak teguh dengan seribu
pengajaran daripada kitab-kitab-Ku


Wahai manusia, seperti batu tidak akan menjadi lembut di dalam air,
demikianlah peringatan tidak akan memberi bekas pada hati
yang keras.


Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku kamu hamba ALLAH
tetapi kamu menderhakai-Nya?


Bagaimanakah kamu boleh meyakini bahawa mati itu benar
sedangkan kamu mengingkari-Nya? Kamu mengatakan dengan
lidahmu perkara perkara yang kamu tidak ada pengatahuan
mengenainya kerana pada sangkaanmu ia adalah remeh tetapi
di sisi ALLAH ia amat besar."




Karya asal: Majalah Anis, 09
Sumber: Petikan hadis Qudsi, Kitab Iman Al-Ghazali: