بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

2) Haram: Yang melarang

Antara mereka adalah Ali bin Abi Talib ra, Ibn Umar ra, Ibn Abbas ra, Mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki.
Demikian juga Ibn Taymiah dan kebanyakan ulama kontemporari Saudi. Pandangan haram ini juga dinisbahkan kepada beberapa sahabat seperti Ibn Umar.

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik turut termasuk di kalangani mereka yang mengharamkannya. Demikian dinukilkan oleh Imam Ibn Qudamah dan lain-lainnya. (Mughni, 10/172)

Ulama kontemporari Saudi turut mengharamkannya, malah mereka mengatakan semua syarat yang diletakkan oleh Qaradawi jarang dipenuhi oleh si pemain.

Ibnu Taimiyah pernah berbicara panjang di dalam masalah ini, dari halaman 216 hingga halaman 245 jilid XXXII dari kitab Majmu Fatawa, antara kata beliau:

“Misalnya kita tetapkan bahawa permainan catur itu bebas daripada itu semua, maksudnya tidak melalaikan kewajipan dan tidak akan melakukan hal yang haram, maka larangan perbuatan itu ditetapkan oleh sahabat.”

Sebagaimana yang sahih daripada Ali bin Abi Thalib ra, beliau pernah menjumpai kaum yang bermain catur. Lalu beliau mengatakan: “Mengapa kamu menekuni patung ini?

“Sungguh jika satu di antara kamu menggenggam bara api sampai padam, itu lebih baik daripada memegang catur.” (Riwayat Al-Baihaqi, 10/212)

Kumpulan yang mengharamkan mengatakan penyamaan mainan catur dengan patung (berhala) yang dibuat oleh Ali jelas menunjukkan ia permainan yang haram.

Ibn Taimiah pula menisbahkan Imam Syafie sebagai berkata: “Permainan yang paling aku benci adalah an-nard, permainan catur dan permainan burung dara sekali pun tanpa perjudian.

“Sekalipun kebencian kami kepada permainan itu lebih ringan daripada permainan dadu.”

Namun demikian, yang jelas, tiada satu hadis sahih menyatakan pengharaman catur. Yang wujud adalah perdebatan berkenaan pandangan sahabat saja.

Imam Ibn Qudama cuba membawa dalil berikut sebagai hadis pengharamannya: “Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melihat (kepada hamba-Nya) pada setiap hari sebanyak 360 kali pandangan dan orang yang bermain catur ini tiada termasuk dari kalangannya.” (Al-Mughni, 10/172)

Ibn Qudamah kemudian terus menghuraikan pemain catur sama seperti pemain an-nard kerana lalainya mereka ketika bermain daripada ingatan terhadap Allah SWT.

Namun demikian, penyamaan ini (qiyas) ditolak oleh ulama Syafie kerana perbezaan konsep asas antara kedua-dua permainan tadi.

[Dipetik dari HMetro]


InsyaALLAH bersambung...