بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


1) Harus: Namun Dengan Syarat

Antara paling diketengahkan dalam kumpulan ini daripada kalangan ulama kontemporari adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada beberapa sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah dan tabi’en seperti Said al-Musayyab, malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan beberapa ulama terhebat tabi’en yang turut bermain catur seperti Said ibn Jubair, As-Sya’by dan lain-lain.

Imam Al-Ghazzali juga tergolong dalam kelompok ini. (As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi, 10/211)

Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut:

“Menurut pendapat dan ilmu kami, permainan catur itu menurut hukum asalnya adalah mubah (harus), sebab tiada dalil menunjukkan pengharaman catur, malah selain daripada ia dikira lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang berperanan sebagai sukan minda dan melatih berfikir.”

Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi:

Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajipan lain disebabkan keasyikan permainan itu, tidak disertai judi dan pertaruhan, hendaknya pemain dapat menjaga lisannya daripada perkataan kotor seperti maki hamun kerana tewas dan sebagainya. (Al-Halal wal Haram Fil Islam, halaman 273, cetakan Al-Maktab Al-Islami)

Melalui pendapat ini, jelas bahawa sebab pengharaman yang mungkin datang bukan kerana catur atau permainan itu sendiri, tetapi lebih kepada sebab luaran.

Oleh itu, jika berdasarkan pendapat ini, permainan komputer turut diharuskan dengan syarat yang disebut oleh al-Qaradawi.

Ditambah satu lagi menurut pendapat saya iaitu mestilah inti pati permainan komputer berkenaan yang direka cipta atau dibeli tidak bercanggah dengan Islam dan hukumnya iaitu konsep, idea, gambar dan lain-lain.

[Dipetik dari HMetro]


InsyaALLAH, bersambung...