بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
3) Makruh (tidak begitu digalakkan)
Antaranya adalah Imam As-Syafie dan juga pandangan mazhab Syafie. Imam Syafie berkata: “Apabila catur tidak besertanya pertaruhan dan kata-kata maki hamun, melupakan solat, ia TIDAKlah termasuk dari yang haram.” (Tafsir Ibn Kathir, 6/40)
Imam an-Nawawi menjelaskan pendirian mazhab Syafie dengan katanya: “Adapun catur, dalam mazhab kami (Syafie) ia adalah makruh dan tidak jatuh haram dan ia (keharusannya) juga diriwayatkan dari kumpulan tabien.
“Namun menurut Imam Malik dan Ahmad, ia haram dan Imam Malik berkata ia lebih buruk daripada an-nard (sejenis permainan Arab yang berasaskan judi) serta melekakan diri daripada kebaikan.
“Justeru, mereka mengqiyaskan catur dengan an-nard, namun ahli dalam mazhab kami (Syafie) tidak bersetuju dengan qiyas itu.” (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, hadis no 2260, jilid 15, halaman 15)
Imam al-Ghazali pula memberi perbezaan antara catur dengan an-nard dengan hujahnya ia berbeza kerana: Catur adalah mainan latihan perangkaan strategi perang, ia lebih mirip kepada sukan memanah, berkuda dan berlumba (daripada sudut manfaatnya). (Rujuk Al-Wasit, 7/353)
[Dipetik dari HMetro]
*Terdapat khilaf




0 Comments Received
Leave A Reply