Hati-hati! Kalau phising melalui email rasanya ramai yang dah tau kan? Kalau yang masih tidak tahu apa itu phishing, phishing adalah “penyamaran” yang dilakukan oleh sesetengah pihak yan tidak bertanggungjawab untuk mencuri email dan password yang digunakan semasa login ke akaun kita. Contohnya email yang dihantar, kononnya dari CIMB Bank. Bila tekan link yang disertakan, anda akan dibawa ke satu laman web yang seakan-akan sama dengan laman web sebenar padahal laman web tersebut adalah phishing site sahaja. Jadi bila pengguna memasukkan email dan password login, secara automatik maklumat anda akan dicuri dan disimpan tanpa disedari.
Info ini saya dapat dari bro Cryon, mengenai cara phishing terbaru yang dipanggil Nap Tabbing.
Modus operandi:
- Selalunya ramai diantara kita yang suka buka lebih dari satu tab dalam satu-satu masa.
- Apabila kita buka laman web “A”, kemudian kita buka laman web lain, “B”, “C” dan “D” sebagai contoh, secara tiba-tiba laman web “A'” yang kita tinggalkan akan bertukar ke sebuah laman web lain.
- Laman web ini kemudiannya akan meminta anda memasukkan kembali password untuk login, padahal ianya adalah laman web phishing yang sudah direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
- Percaya atau tidak, “fraudsters” ini dapat mengenalpasti laman-laman web yang biasa anda kunjungi melalui brower history. Sebagai contoh, dashboard admin blog anda.
- Setelah dikenalpasti, mereka akan mencipta phising site yang seakan-akan mirip dengan reka bentuk dashboard anda dan akan meminta anda login kembali.
- Kemudian, kalau anda masukkan password, password anda akan dicuri.












