Credit: dakotavoice

Perkara lama yang perlu diambil ikhtibar. Selalu orang nasihat hendak tolong orang, ni nasihat nak bagi tambah dosa.

Sila baca. Jika rasa bermanfaat, tolong share dengan rakan-rakan ye . Jazakallah fikum.

Seringkali apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku, akan muncullah group-goup yang membantah dan menyokong usaha tersebut. Saya kurang pasti kewajaran tersebut, tetapi group AGAINST "Everybody Draw Mohammed Day!" adalah suatu tindakan yang berjaya menarik perhatian ramai pihak dan telah diterbitkan dalam CNN dibawah tajuk 
Facebookers respond to 'Draw Mohammed Day'. Antara artikel lain yang berkaitan, Pakistan shuts down Facebook over 'Draw Mohammed Day'.


Nasihat yang menambahkan dosa!

Suatu ketika dahulu nama Rafiqin Darwisy tiba-tiba melonjak naik gara-gara tindakan beliau menghina kematian Allahyarham Din Beramboi. Bukanlah ingin membangkit kesalahan budak tersebut, tetapi yang lebih menghairankan orang yang kononnya menasihati pelajar tersebut, tetapi perangai dan adab 2 kali 5.




Nampak?
Anak gampang... murtad.... Ko gi msok la kapir....
* Budak yang komen ni memang tak belajar hadis agaknya, tuduhan kafir kepada orang lain yang akan berpaling semula pada diri sendiri.
budak tuu bukan down sindrom, tapi dia tu, kalau mampus nanti kita pergi kubur dia n KENCING ramai2!!!!. 
* Ada kemungkinan budak ni pun tak belajar hadis, adab kepada orang yang sudah mati.



Hehe. Saya bukan nak berfatwa hendak tentukan dosa dan pahala, tapi anda boleh nilai sendiri komen-komen di atas. Kalau salah sila tegur :)


Bukan ingin mencari kesalahan, cuma kadang-kadang kita terlepas pandang adab dalam menasihati. Takut-takut jadi Nasihat yang menambahkan dosa!






.