بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Salam.
Politik pulak. Rasanya ramai yang tak minat politik, tapi kadang-kadang bila baca kat surat khabar kelakar pun ada. Biasalah, bila politik banyak nampak yang kotor je lah. Tapi, sebenarnya politik sebahagian daripada Islam. Kalau ada yang cakap politik tak boleh campur dengan Islam, berhati-hati lah ye, Takut terkeluar iman tu. Nauzubillah. Kalau ye pun dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ni:
Oh ya, baru-baru ini, dalam laman web UMNO sendiri ada cerita pasal pengakuan Dr Asri dalam Artikel bertajuk 100 Ulama Bakal Semarak, Segarkan Perjuangan Umno. Kalau tak percaya, boleh tengok ni:
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Cuba tengok tarikh laporan. Dan cuba tengok pengakuan Dr Asri dalam blog beliau, www.drmaza.com. Dan cuba bandingkan kedua-dua tarikh. Kalau dilihat, pengakuan Dr Asri adalah kira-kira sehari lepas UMNO Online keluarkan artikel tersebut! Hehe.
Oh ya, bukti, takut nanti ada pulak tak percaya kan:
Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.
Adakah UMNO menipu? Atau Dr Asri? Agak-agak sapa yang tipu? Kita tungguuuu… Oh ya, abaikan tajuk entry ni, saja bagi tajuk yang sedikit catchy. Politik politik..
- Adakah UMNO menipu?
- Kalau UMNO tidak menipu, adakah Dr. Asri menyalahgunakan agama seperti dalam hadis:
Ertinya:Untuk keterangan hadis, sila rujuk di laman web PEKIDA :)
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Hehe. Apa pendapat korang?
Kredit: wargamarhaen dan abboa (gambar)


