بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Salam.
Politik pulak. Rasanya ramai yang tak minat politik, tapi kadang-kadang bila baca kat surat khabar kelakar pun ada. Biasalah, bila politik banyak nampak yang kotor je lah. Tapi, sebenarnya politik sebahagian daripada Islam. Kalau ada yang cakap politik tak boleh campur dengan Islam, berhati-hati lah ye, Takut terkeluar iman tu. Nauzubillah. Kalau ye pun dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ni:
Oh ya, baru-baru ini, dalam laman web UMNO sendiri ada cerita pasal pengakuan Dr Asri dalam Artikel bertajuk 100 Ulama Bakal Semarak, Segarkan Perjuangan Umno. Kalau tak percaya, boleh tengok ni:
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Cuba tengok tarikh laporan. Dan cuba tengok pengakuan Dr Asri dalam blog beliau, www.drmaza.com. Dan cuba bandingkan kedua-dua tarikh. Kalau dilihat, pengakuan Dr Asri adalah kira-kira sehari lepas UMNO Online keluarkan artikel tersebut! Hehe.
Oh ya, bukti, takut nanti ada pulak tak percaya kan:
Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.
Adakah UMNO menipu? Atau Dr Asri? Agak-agak sapa yang tipu? Kita tungguuuu… Oh ya, abaikan tajuk entry ni, saja bagi tajuk yang sedikit catchy. Politik politik..
- Adakah UMNO menipu?
- Kalau UMNO tidak menipu, adakah Dr. Asri menyalahgunakan agama seperti dalam hadis:
Ertinya:Untuk keterangan hadis, sila rujuk di laman web PEKIDA :)
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Hehe. Apa pendapat korang?
Kredit: wargamarhaen dan abboa (gambar)



ngaa.siapasiapa pun boleh meniputertipu.samasama lebih mengkaji+lebih memerhati+tak hukum terlalu awal+tak pula zalim kepada mereka yang tak bersalah.
@+akufobia+
Jazakallah.
Betul, terlalu awal utk menghukum.
sebab tu lah tajuk tu ada tanda soal. hehe
Dan, saya juga memberikan 2 pendapat (sebenarnya bukan pendapat, tapi persoalan sebab ada tanda soal. hehe)
*Kalau baca surat khabar, org politik dan org agama melihat dari perspektif yg berbeza, org politik tgk dari segi politik rasanya, dan org agama melihat dari tindakan Dr Asri.
Wallahu'alam.
Salam...apabila manusia menjadi rakus,walaupun mereka berilmu,tahu sepenuhnya ,dalam keadaan sedar dan sebagainya...namun dunia dan cite2 terus didahulukan...so...aku pun jarang baca suratkhabar...akupun dah kategori malas....tapi apapun dalam Islam sikap putus asa itu adalah berdosa..so kena teruskan juga perjuangan ....dandakwah...yg penting..Islam itu besar...politik itu kecil...so sudah tentu yg besar rangkum yg kecil....gitulah serba sikit...
sy no komen la.... ramai yg bijak kat dunia ni jd fikir2 kan la melalui hati yg tulus dan beragama... jgn melalui hati yg busuk n kepale bangang....
no komen...hahhahhaa... tapi entri cukup untk membuatkn orng berfikir... yeahhhhh...
@ASSOYFINGER67: jazakallah
@anazeyy: betul, sbb tu lah saya timbul kan kembali persoalan, tapi menyatakan siapa salah siapa betul.
@Loyar Lawa: fikir2kanlah, biasa lah, dah akhir zaman ni, byk fitnah.
Wallahu'alam :)
cukupkan ilmu ..baru menilai...amek tahu di pihak yg salah dan yang benar ..baru di situ kekuatan keadilan dan penilain diri..
@Pak cik Im: Jazakallah, betul. Cuma saya ingin menimbulkan persoalan agar kita berfikir. Dalam politik kita takboleh terima bulat2 (tak kisah mana2 parti pun), begitu juga agama :)
kalau semua ada propaganda sendiri.. susahlah rakyat nak memilih yg terbaik, hilanglah kpercayaan juga~
sampai sekarang, x tau nak pilih parti politik mana.
lagipun saya bawah umur, tak layak mengundi lagi.
lala~
kalau fikir positif,mungkin sibuk sikit untuk membuat kenyataan yang selari..
kalau fikir negatif,itu yang menjadi persoalan siapa tipu siapa
saye pon buat masa nie xmemilih mane2 parti politik..kan senang citer...ehehehe
Islam pada dasernye tak suke politik. karena Islam Adalah agama yang bersifat Jujur dengan membangun segala sesuatunye secare bersama. tanpa ade niat untk memajukan kamu minoritas tertuntu dengan mengabaikan sepentingan orang banyak:)
bagus jugelah artike nih, siarankan terus kebenaran walau hanye secarik kate:)
@Ilas: tengok dulu video ustaz azhar tu. mcm mana blh kata Islam tak suka politik? Politik adalah sebahagian daripada Islam.
*Ustaz Azhar ada naqalkan fatwa jumhur ulamak dalam video tu.
Biasa2 je artikel :)
alah~umno,biasalah,,tpoo2 ni..tgok,
aritu najib kate x kuarkan lesen judi pada mana2 syarikat,
tup2 vincesetan ckp dah dpt lesen dari kerajaan..see?
Betul politik itu sebahagian dari Islam...Tapi sekarang ramai yang mempergunakan islam untuk tujuan politik... Fikir2kanlah... gunakan kewarasan dan keimanan...
@lee-az:
jazakillah utk pendapat, yg lain2 pun sama. Hehe
I dont know bout this, however, from my point of view cheating is not good :)
takot~
semuanya politik..setiap org ade kepentingan masing..dalam dunia skang ni mustahil kalau nak jumpa parti politik yang betul2 bersih..
yg pasti kita sendiri lah yg menilai antara yg mna baik dan yg mana buruk..tidak boleh percaya 100% pada pihak media @ lain2 pihak..