بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Saja ambil tajuk entry dari Pahrol Moh Juoi dari tulisan beliau yang bertajuk Mari Berdemonstrasi Hari-Hari, macam tertarik pulak. Macam biasalah, bila kempen memboikot dilancarkan, ramai yang turut serta. Berpuluh-puluh poster dihasilkan untuk memberi kesedaran. Tak salah. Tapi, cuma kadang-kadang semangat je lebih, hilang lepas beberapa seketika. Dalam blog-blog pun sama, tak terkecuali. Tu satu hal. Ada pula yang siap yakin lagi tu cakap takyah boikot. Mungkin ada yang cakap, zaman Nabi takde boikot-memboikot, ada hadis katanyaaaaaaaaa... Erk,mungkin betul? Bagi sesiapa yang ingin membaca sedikit hukum memboikot barangan yang dihasilkan syarikat yang membantu perjuangan Israel, mungkin boleh baca di blog Ustaz Salman Maskuri di entry yang bertajuk Memboikot Barangan Israel dan Amerika Menurut Islam. (Ustaz Salman hanya menaqalkan pendapat Ulamak, bukan berfatwa ye )




Cuba baca perkara no 4. dalam entry tersebut,
Memanglah asal bermuamalah dengan mereka itu HALAL tetapi ia berubah mengikut keadaan. (Sila rujuk link untuk nas-nas yang digunakan)
Macam biasalah, dalam banyak-banyak perkara mesti ada perselisihan pendapat. Tapi sekurang-kurangnya tidak perlulah berbangga tidak memboikot seperti tidak menggalakkan boikot dengan menulis:
Saya tidak ban facebook, McD dan KFC!


Hangat-hangat tahi ayam

Dalam boikot memboikot ini, macam-macam ragam dapat tengok. Kadang-kadang kempen gile-gile tapi tiba-tiba:
Eh, kata boikot McD? Asal makan McChicken ni...
Bagi saya, kalau hendak boikot, kenalah ikhlas. Kalau hendak boikot juga, tak perlulah bagitahu orang:
"Mulai hari ini, aku tak nak makan KFC dan McD lagi!"


“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” (Mari Demonstrasi Hari-Hari, Pahrol Mohd Juoi)
Mungkin yang memulakan kempen itu hendak memupuk kesedaran, jadi tindakan  harus dipuji lah kan? Bagi yang masih rasa bertanggungjawab, boikot lah apa yang patut, walaupun secara diam-diam dan berseorangan, tapi walau sekecil zarah sekalipun ia tetap dikira (ada ayat Al-Quran rasanya berkaitan hal ini).

 PALESTIN.E


Oh ya, tadi rasa termotivasi dengan Ustaz Ahmad Irfan dan seorang penulis terkenal, Pahrol Mohd Juoi. (Kalau nak baca-bacalah kat bawah ni, aku ambil part-part pendek je yang boleh memotivasikan diri. Kalau tak nak baca, terpulang-lah)

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”


“Kenapa Pak Cik?”


“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.   (Pahrol Mohd Juoi)

Yang ini pula dari tulisan Ustaz Irfan:


Kisah ini juga mengingatkan saya akan peladang pokok zaitun di Palestin. Mereka hidup susah kerana sekatan dan kezaliman negara haram Israel. Sumber utama mereka ialah produk zaitun, seperti minyak, jeruk dan lain-lain. Untuk menjual minyak zaiton, mereka akan pastikan yang tiada satu pun di dalam proses penghasilan produk mereka itu, membabitkan bahan bekalan Israel. Mereka sanggup membeli botol dari Itali sebagai bekas minyak tersebut, walaupun kosnya agak tinggi, dan botol daripada negara haram Israel boleh diperolehi dengan mudah dan murah. Mereka sanggup membeli kertas dan dakwat dari negara yang jauh dari mereka sebagai label produk mereka, walaupun itu semua boleh diperolehi mudah di Israel.
Itu kesungguhan mereka. Bagaimana pula dengan kita?




Kredit gambar: bopo