بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Haritu satu dunia tahu pasal World Cup flotila Mavi Marmara, sekarang terus senyap. Kadang-kadang tertanya-tanya juga, apa Israel buat dengan flotila tu, makanan dalam tu macam mana, barang-barang sumbangan tu takkan Israel ambik pulak? Korang tak pernah terfikir ke? Bila World Cup, terus lupa :(

TEL AVIV (Arrahmah.com) - Israel mengatakan kesepakatan telah tercapai dengan Perserikatan Bangsa-Bangsa untuk menyalurkan ribuan ton bantuan dari armada bantuan yang diserang oleh pasukan angkatan laut Israel, ke Jalur Gaza.
Khabar ini disampaikan oleh Al Jazeera, bahawa militari negara Yahudi itu menyatakan pada hari Selasa (15/6) bahwa PBB akan mengawasi penyaluran barang-barang tersebut, termasuk makanan, pakaian, dan ubat-ubatan.
Robert Serry, utusan PBB untuk Timur Tengah, mengatakan kepada Dewan Keamanan bahawa PBB siap untuk mengambil alih tanggungjawab pengiriman kargo bantuan.
Badan dunia itu dilaporkan telah memperoleh persetujuan dari pemilik kargo dari tiga kapal milik Turki atas seluruh kargo dan memastikan pembahagian dilakukan tepat waktu ke Gaza, seperti yang diungkapkan Serry.
Serry yakin bahwa Hamas, yang selama ini memegang kewenangan atas Gaza, akan mengizinkan PBB untuk menentukan mekanisme pembahagian bantuan.
Meskipun Israel telah mengizinkan masuknya bantuan yang sebelumnya disita dari konvoi Freedom Flotilla yang diserang 31 Mei lalu, namun bantuan tersebut belum bererti apa-apa untuk menolong warga Gaza yang telah berpuluh-puluh tahun hidup di bawah penjajahan negara Zionis tersebut. Sejauh ini, Israel hanya mengizinkan bantuan yang masuk berupa bahan makanan,ubat-ubatan, dan sejenisnya selain bahan bangunan dan simen kerana Israel khuwatir bahawa Hamas akan menggunakannya untuk membangun senjata.
Sementara itu, pada hari Selasa, media Israel melaporkan bahwa kabinet keamanannya akan melakukan pertemuan untuk membahas sekatan di Jalur Gaza.
Stesyen televisyen awam dan Channel 10 melaporkan bahwa Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, di bawah tekanan antarabangsa, telah memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan akan segera mengambil langkah-langkah untuk itu mulai hari Rabu. (althaf/arrahmah.com)


*Kredit gambar: Melange