Posted by Affan Ruslan
in 25 June, 2010
Share
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Beberapa hari lepas saya ada terima mesej daripada sahabat di Facebook, Syeduum Syed berkaitan kejadian Gerhana Separa Bulan. Kalau ada masa boleh join majlis di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.
SOLAT GERHANA BULAN KALI KE 2 TAHUN 2010:
SOLAT SUNAT AL-KHUSUF (GERHANA BULAN)
&
KHUTBAH AL-KHUSUF
DI MASJID AL-FALAH USJ 9,
SUBANG JAYA , SELANGOR.
HARI SABTU , 26 JUN 2010
13 REJAB 1431
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Gerhana Separa Bulan
Fenomena astronomi Jun 2010 mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana pada bulan ini akan berlaku gerhana separa Bulan. Gerhana ini boleh dilihat bermula di Asia Timur, Australia, New Zealand dan Pasifik selepas Matahari terbenam dan berakhir di Barat Amerika Utara dan Selatan. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Bulan dan Matahari. (Laman Web Persatuan Falak Syari Malaysia)
Dulu masa sekolah rendah ada belajar rasanya, tapi sudah lupa. Hehe. Sedikit gambaran fenomena ini:
Sedikit info dari Falak Online:
Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia. Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.
Circumstances of the Eclipse
Moon enters penumbra: 2010 Jun 26 16:55:22 (4.55 PM)
Moon enters umbra: 2010 Jun 26 18:16:20 (6.16 PM)
Maximum eclipse: 2010 Jun 26 19:38:16 (7.38 PM)
Moon leaves umbra: 2010 Jun 26 21:00:04 (9.00 PM)
Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26 22:21:11 (10.21 PM)
Mari Ambil Gambar!
Bagi yang suka mengambil gambar, jangan lepaskan peluang ini.
Al Falak Online:
Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam. Poskan foto anda ke forum Falak Online, manalah tahu jika ia cukup menarik, saya akan paparkannya di muka hadapan Falak Online.
Jom teropong awek bulan!
Kredit gambar: Karpetkuning dan Persatuan Falak Syari Malaysia