بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Salam sejahtera.
Salam Maal Hijrah.
1. Tahniah kepada Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang telah terpilih sebagai penerima
Tokoh Maal Hijrah daripada yang Dipertuan Agong Malaysia pada tahun ini.
2. "Tidak akan berhenti HIJRAH sehingga hentinya TAUBAT, dan tidak akan henti TAUBAT sehingga terbitnya MATAHARI di UFUK BARAT"
3. Ada segelintir orang mendakwa :
"Ada disebut tentang kelebihan membaca doa awal dan akhir tahun. Antaranya : Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Dakwaan ini turut disokong oleh dakwaan sesetengah orang bahawa doa awal dan akhir tahun ini terdapat dalam kitab al-Jami' al-Kabir oleh Imam al-Suyuti.
Namun begitu, setelah diperiksa, doa tersebut tidak terdapatdalam kitab seperti yang didakwa. Maka, tidak dapat dipastikan dimanakah asalnya riwayat doa ini.
Maka tidak boleh kita menyandarkan sesuatu yang bukan daripada Nabi yang bukan daripada Nabi.
4. Jadi apa hukum membacanya?
Maaf, saya tidak tahu.
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui" (Surah an Nahl:43)
(Sumber: Sawanih Wa Khawatir, gambar via tazkirahs)
Wallahua'alam




haha..post ko yg ney mmg terbaek..bgos..keep up the good work
InsyaALLAH.
Moga terus diberi kekuatan dan hidayah.
Amin.