بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Tajuk: Jika benar ALLAH itu satu, mengapa ALLAH menggunakan kalimah KAMI dalam Al-Quran?


Kristian : Hijau
Muslim: Biru

Baiklah! Jika benar ALLAH itu Esa, mengapa Al-Quran kamu
sendiri banyak menggunakan kalimah KAMI bagi ALLAH?

Contohnya dalam Surah Yaasin ayat 9:


Maksudnya: Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding dan
dibelakang mereka dinding pula dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.


Surah Al-Hijr ayat 9:
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran
dan
sesungguhnya Kamilah yang menjaganya.

Ini menunjukkan ALLAH lebih dari satu!


Anda sepatutnya menguasai Bahasa Arab sebelum membuat
tuduhan melulu. Tidakkah anda mengetahui bahawa lafaz jama'
di dalam kaedah Bahasa Arab membawa kepada 2 pengertian.
Ada lafaz jama' yang menunjukkan kepada bilangan dan ada lafaz
jama' yang menunjukan kepada keagungan. Jadi dalam ayat
tersebut, lafaz jama' yang digunakan adalah yang menunjukkan
keagungan ALLAH SWT.


Begitu juga kaedah plural dalam bahasa Hebrew. Perhatikan ayat
ini. Ia merupakan ayat yang terkandung dalam Perjanjian Lama
Kitab Kejadian 1:1:

Pada mulanya, ketika ALLAH menciptakan alam semesta.
Kalimah ALLAH di dalam ayat ini jika diterjemah ke dalam bahasa
asal penulisan Taurat ialah Elohim yang bermaksud tuhan. Walaupun
lafaz Him itu merupakan lafaz jama', namun tiada seorang pun Yahudi
yang menyatakan tuhan itu lebih daripada satu! Ini adalah kerana
mereka faham bahawa lafaz jama' ini bukannya menunjukkan kepada
bilangan tetapi ia menunjukkan kepada keagungan ALLAH SWT.


Buktinya konsep ketauhidan Bani Israel ini dapat kita perhatikan
melalui Perjanjian Lama Kitab Ulangan 6:4 yang menyebut:

Ingatlah wahai bani Israel! Tuhan-dan Tuhan satu satunya
ialah ALLAH kita.
Begitu juga dengan Muslim. Dalam fakta sejarah juga anda akan
dapati tidak ada seorang pun Muslim di zaman Rasulullah SAW yang
menyembah lebih dari satu Tuhan walaupun ayat tersebut
menggunakan kalimah kami. Mengapa? Jawapannya adalah kerana
meraka faham bahawa lafaz jama' yang terdapat dalam ayat ini
merupakan lafaz jama' yang digunakan untuk untuk menunjukkan
keagungan ALLAH SWT sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian
Lama ynag dinyatakn tadi!

Bagi saya, anda tidak adil dalam hujah anda. Tidak rasional!

Bagi saya, anda juga tidak adil dan rasional dalam memaksa saya untuk
menerima akidah anda!






Sumber: Anda Bertanya Tentang Islam, Meraka Menjawab
Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid
Tuab Sharifah Islamic Foudation